.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Saturday, April 28, 2007
KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI
1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat mewakilkan2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas & ahli rumah2 di sekitarnya.
4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang fardhu,Allah menganugerahkan dia hati2 orang yang bersyukur, perbuatan2 orang padanya rahmat.
5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya dari Abdullah bin 'Amrr.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satuayat..."
wallahualam

Labels:

posted by remajaislam 12:09:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Thursday, April 19, 2007
Awan Ikut Org Bertaubat
Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

'cinta itu terlalu suci jangan cemarkan ia dengan maksiat'


Labels:

posted by remajaislam 11:31:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Tuesday, April 10, 2007
RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA
  • SABAR ITU SEPARUH IMAN,

  • PERGAULI DENGAN KEDUA IBUBAPA KAMU DENGAN PERGAULAN YANG BAIK (HORMAT DAN IHSAN)

  • SESIAPA YANG MENYERAHKAN DIRINYA KEPADA ALLAH SEDANGKAN DIA BERBUAT BAIK, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH YANG KUKUH.

  • SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGANIAYAI MANUSIA, TETAPI MANUSIA SENDIRI MENGANIAYAI DIRINYA SENDIRI.

  • HIDUP INI BIARLAH SEIMBANG, AGAMA DENGAN DUNIA, IBADAT DENGAN AMALANNYA, ILMU DENGAN AKHLAK, JASMANI DENGAN ROHANI DAN AKAL DENGAN HATI

  • POHONLAH KEPADA ALLAH DAN HENDAKLAH KAMU PENUH YAKIN DOAMU ITU DIPERKENANKANNYA

  • HAI ORANG YANG BERIMAN, JADIKANLAH SABAR DAN SEMBAHYANG SEBAGAI PENOLONGMU. SESUNGGUHNYA ALLAH BERSERTA ORANG YANG SABAR - MAKSUD AL-QURAN (AL-BAQARAH)

  • JANGAN KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG YANG BERLAKU ZALIM, NANTI KAMU DISAMBAR API NERAKA - MAKSUD SURAH HUD: AYAT 113.

  • BUDI PEKERTI YANG BAIK IALAH JIKA ENGKAU MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM KEPADA ORANG YANG MEMUTUSKAN PERSAHABATAN DENGANMU - MAKSUD HADITH RASULULLAH S.A.W.

  • KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD, BERAMALLAH KAMU MAKA DILIHAT OLEH ALLAH AMALAN KAMU, RASULNYA DAN ORANG-ORANG MUKMIN. (AL-QURAN)

  • KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) PERHATIKANLAH DAN FIKIRKANLAH, APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI - (AL-QURAN) -SURAH YUNUS.
posted by remajaislam 10:36:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu
web islam
RAMADHAN AKU MENANTI
RENUNG2 KAN
al-baqarah 154
AL-BAQARAH
AL FATIHAH
SURAH AL-IKHLAS
Doa Selepas Solat
Sama2 kita renungkan
Sedarlah...


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.