.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Thursday, December 28, 2006
Menjaga Hafalan
MENJAGA HAFALAN AGAR TIDAK LUPA
********************************

Selesai menghafal apa yang penting ialah mempertahankan hafalan agar tidak lupa. Disini letak nya kesukaran sebenar bagi penghafal al-Quran. Mempertahankan hafalan akan menjadi lebih senang jika tips2 yang diberikan disini diamalkan.

1. Sesudah solat Asar, baca kembali apa yang telah dihafal. Contohnya, kita telah menghafal tiga juzu' al-Quran, sebaiknya sudah solat asar kita baca satu juzu' tanpa melihat al-Quran dan jika lupa lihat dan ulang membaca sebanyak tujuh kali bahagian yang kita lupa itu.
2.Jika menghafal kita tiga juzu' sehari, kita ulang baca satu juzu'. Itu sudah memadai jika diamalkan secara berterusan.
3.Berpuasa sunat isnin dan khamis dan banyakkan juga melakukan perkara sunat.
4.Minta bantuan daripada Allah dengan sering berdoa agar hafalan tidak lupa.
posted by remajaislam 1:35:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Saturday, December 16, 2006
HaFaZ Al-QuRaN
Di bawah ini saya ada sediakan beberapa tips untuk menghafaz AL-QURAN,saya berharap ianya dapat membantu anda sekalian..............
Tips menghafal Al-Quran
************************

Ahmad Firdaus Mansor wrote:

1.Menghafal al-Quran bermula pada waktu pagi sesudah solat subuh dengan suasana hening dan sunyi. Suasana begini memudahkan penumpuan kita kepada ayat2 al-Quran yang mahu dihafal.

2.Mulakan dengan sedikit doa penerang hati, selawat ke atas nabi dan membaca surah al-fatihah sebanyak 3x. Tetapkan jumlah ayat yang hendak dihafal.

3.Baca berulang kali sehingga pasti tiada berlaku sebarang kesilapan dalam bacaan, sama ada dari segi panjang pendek atau pun baris.

4.Baca satu ayat berulang kali (15x atau lebih) dengan melihat al-Quran. Cuba bayangkan kedudukan ayat. Seterusnya baca tanpa melihat al-Quran (jika terlupa lihat dan ulang kembali) sehingga lancar.

5.Beralih dari satu ayat ke satu ayat yang lain setelah benar-benar ingat ayat yang sebelumnya.

6.Setelah menghafal ayat yang kedua, ulang semula ayat yang pertama dan kedua sebelum beralih ke ayat yang ketiga. Begitu seterusnya sehingga selesai satu muka al-Quran. Ulang kembali dari ayat pertama sehingga tamat(untuk muka surat berkenaan).
posted by remajaislam 1:02:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Sunday, December 10, 2006
Doa Akhir Tahun
Bismillahirrahmanirrahim
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Ya Allah! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
(copy di anna abadi web)

Labels:

posted by remajaislam 10:40:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Doa Akhir Tahun

posted by remajaislam 10:34:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Wednesday, December 06, 2006
DiSeBaLiK SeMbAhYaNg LiMa WaKtU
Assalamualaikum ........ Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237 )
Kisah Di Balik Salat 5 Waktu Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir a matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang. Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
posted by remajaislam 3:59:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu
web islam
RAMADHAN AKU MENANTI
RENUNG2 KAN
al-baqarah 154
AL-BAQARAH
AL FATIHAH
SURAH AL-IKHLAS
Doa Selepas Solat
Sama2 kita renungkan
Sedarlah...


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.