.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Thursday, November 02, 2006
Sembahyang Itu Tiang Agama
7 peringkat sembahyang!!!

1.Sembahyang orang jahil
Fardhu ain tak pass, syarat sah sembahyang tak ingat, rukun dengan sunat masih confuse. Dah tu tak berusaha pulak nak belajar. Inilah dia orang beramal tanpa ilmu.
Hakikatnya: dia ni macam tak sembahyang. Amalannya tertolak walaupun duduk dekat saf yang paling depan ataupun baca surah yang panjang-panjang.

2.Sembahyang orang lalai
Fardhu ain dah clear, tapi bila start saja angkat takbir, 'xpdc' otakpun bermula. Sekejap teringat, sekejap melayang-layang,sampaikan barang yang hilang pun boleh terjumpa balik dalam sembahyang.Punyalah banyak yang difikirkan dalam kepala, tiba-tiba saja dah toleh kanan, toleh kiri ... selesai.
Hakikatnya: fizikalnya sembahyang tetapi akal dan hatinya tidak. Allah hadiahkan neraka Wail untuk orang yang lalai dalam sembahyangnya.

3. Sembahyang bukan kerana Allah
Kita sembahyang sebab Allah suruh kita sembahyang,tapi ada pulak orang sembahyang atas sebab lain contohnya nak ambil hati bakal mak ayah mertua atau segan dengan member-member dan sebab-sebab lain.
Hakikatnya: Allah tolak sembahyang yang bukan didirikan keranaNya, kecuali bila dah bertaubat dan menyesal sungguh-sungguh.

4. Sembahyang orang mujahadah
Bila sembahyang kenalah khusyuk, hati kena sentiasa ingat Allah. Jadi dia paksa-paksakan hati untuk hadir dalam sembahyang. Bila mula nak melayang ke lain, cepat-cepat disentap balik. Jadinya sekejap khusyuk sekejap tidak. Zahirnya nampak tenang sembahyang tapi batinnya jenuh berperang dengan syaitan dan nafsu.
Hakikatnya: terpulang pada Allah nak ampun atau nak azab. Orang kategori ini kena banyak istighfar dan perbaiki lagi ibadahnya.

5. Sembahyang orang soleh
Makna pada bacaan sembahyang dihayati oleh akalnya,fikirannya cuba diseiringkan dengan apa yang disebut oleh lidahnya.Fikirannya tak melayang tapi nikmat sembahyang tidak terasa olehnya.
Hakikatnya: inilah sembahyang minimum yang perlu diusahakan supaya selamat di sisi Allah dan ia juga dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

6. Sembahyang para wali
Perbuatan seiring dengan kefahaman dan penghayatan.Waktu ruku' dan sujud benar-benar rasa hina dan rendah diri di hadapan Tuhan. Bila berdoa, rasa diri benar-benar lemah dan mengharap. Sembahyang dapat dihayati dan dinikmati rasanya.
Hakikatnya: bukan saja dijamin selamat, nikmat sembahyang yang tidak terucap juga dapat dirasai.

7. Sembahyang para nabi dan rasul
Sembahyang seorang hamba yang tenggelam dalam
keagungan Allah......tak dapat digambarkan indah dan nikmatnya.......
posted by remajaislam 1:03:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu
web islam
RAMADHAN AKU MENANTI
RENUNG2 KAN
al-baqarah 154
AL-BAQARAH
AL FATIHAH
SURAH AL-IKHLAS
Doa Selepas Solat
Sama2 kita renungkan
Sedarlah...


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.