.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Sunday, September 03, 2006
Cerita Teladan
ANTARA DUA ABDULLAH

Maklumlah dah letih, akibat daripada perjalanan yang jauh ( balik dari perang pulak tu, bukannya balik dari makan angin ), jadi tuan-tuan kenalah faham. Lalu bila dalam keadaan macam tu, maka perselisihan yang kecil pun boleh membawa padah. Jadi, masa tengah ambil air itulah, maka berlaku bertekak sikit antara Sinan daripada Khazraj dengan Jahjah daripada Muhajirin. Bila berlaku bertekak begitu, maka hampir nak bergaduh. Itu dia perangai Arab. Benda kecik pun depa boleh bergaduh, sehingga ketahap boleh membunuh. Begitulah kuatnya asobiyah mereka, sebelum datangnya Nabi s.a.w. .Walaupun ada Nabi, tapi dengan kejadian perebutan air itu, menunjukkan bahwa masih ada lagi benih-benih asobiyah tu; walhal mereka berdua sama-sama orang Islam, yakni sama-sama telah dipersaudarakan oleh Nabi s.a.w.. Tapi maklumlah, mereka hanyalah para sahabat, iaitu manusia biasa yang tidak maksum. Jadi, bila nak hampir berlaku pergaduhan, maka Jahjah pun melaung ucapan, "Wahai Muhajirin, tolong saya !"…..Lalu Sinan pun sebut, "Wahai Ansar! Wahai Khazraj!, bantu saya lawan Muhajirin !"….
.Waktu itu Rasulullah s.a.w. duduk agak jauh sikit daripada tempat kejadian. Maka ketika itulah datangnya Abdullah bin Ubai mengambik kesempatan. Dia tanya, "Apa hal kecoh-kecoh ni?"…. Kata Sinan, "Ni Jahjah ni. Bila berebut nak ambil air, dah nak bergaduh pulak dengan kita."…. Lalu Abdullah bin Ubai pun menjalankan fitnahnya, "Itulah, aku dah kata dah kat hangpa pasai puak-puak ni. Masa depa mai ke Madinah dulu; dah la kita bagi tempat tinggal, bagi makan, kemudian kita cerai bini kita sendiri untuk bagi kat depa kahwin. Yakni seakan-akanlah kita bagi anjing makan, kemudian bila dia dah gemuk/sihat, dia nak tokak pulak kita."…..I nilah dia ucapan kesempatan yang diluahkan oleh Abdullah bin Ubai untuk menghentam Muhajirin yang dipimpin oleh Nabi s.a.w.
( Samalah seperti ucapan yang diluahkan oleh seorang pemimpin dalam negara kita sedikit masa lalu, yang nama dia pun Abdullah juga, lebih kurang macam Abdullah bin Ubai juga. Kata dia, "Tu lah, puak-puak ni tak sedaq diri.Tak reti nak bersyukur. Tak reti nak berterima kasih. Kita dah bagi tempat tinggal. Dah bagi dah segala-galanya. Tapi tiba-tiba sekarang, nak lawan kita balik." )
Ulama` tafsir menyebut bahwa Abdullah bin Ubai mengeluarkan kenyataan sedemikian adalah sebab dia berasa teramat marah terhadap Nabi s.a.w.. Sebabnya, sebelum Nabi s.a.w. berhijrah, si laknatullah ini memang dok berangan dah nak jadi pemimpin Madinah. Malah ketika itu, memang nak ditabal dah nak jadi pemimpin Madinah pun. Tapi bila tiba-tiba Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, punah ranah peluang dia.
( Itu yang dendam kesumat tak habih-habih tu. Kes berebut nak jadi 'Majlis Tertinggi' rupanya.Itu saja. )
posted by remajaislam 11:25:00 AM  
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.