"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
Monday, October 16, 2006
Mari Kita Beramal
kata Imam Ghazali: "Tiada dapat seseorang itu beramal akan makbul sebelum ia dapat menaiki gunung yang 7" 1) Gunung Taubat Dosa kepada Allah: meninggalkan yang wajib mengerjakan yang haram Dosa pada makhluk menganiaya diri mereka menganiaya harta meeka menganiaya ahli keluarga mereka menganiaya agama mereka 2) Gunung Ilmu Usuluddin - Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul Feqah - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta Tasauf - Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati 3) Gunung Penghalang Ibadah Dunia - hendaklah zuhud Manusia - hendaklah diasingkan Syaitan - hendaklah diperangi Nafsu - hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah 4) Gunung Perintang Ibadah Rezeki - hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah Khatir - ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang di harap hendaklah berserah kepada Allah Qada - hendaklah redha Bala - hendaklah sabar 5) Gunung Peringkat Ibadah Khauf - takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka Raja- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga 6) Gunung Pencatat Ibadah Riak - hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah Ujub - hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya 7) Gunung Syukur Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepada mentaati Allah yang mengkurniakannya... Semoga kita sama-sama ambil iktibar, mohon dibetulkan jika ada kesilapan.
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan "KalauNabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.