.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Monday, May 28, 2007
Sedarlah...
Salam sejahtera wahai kaum muslimin sejati..hari ini saya ingin membincangkan mengenai abad berpakaian bagi seorang gadis muslim.Saya amat berasa sedih melihat keadaan gadis remaja sekarang yang berpakaian ala barat..dedah sana dedah sini nampak itu nampak ini…tidak ada kah perasan malu pada mereka ini?????
Sebenarnya ada cara hendak kita membendung , sebagai ahli keluarga yang terdekat dengan mereka ini..Jadilah seorang ayah yang peka pada pakaian anak-anak gadis anda.Larang mereka berpakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata.Sebagai ibu pula pantau lah anak gadis anda.Sayangi lah mereka, kasihanilah mereka…Jangan sesekali lepas tangan…

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI KAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

NASIHAT MEREKA GADIS –GADIS ISLAM YG BERADA DI SEKELILING ANDA.....SALAM SAYANG

Labels:

posted by remajaislam 11:08:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Wednesday, May 23, 2007
CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT
SEMOGA DENGAN PANDUAN INI DAPAT REMAJA SEMUA MENGERJAKAN SOLAT.SOLAT ITU TIANG AGAMA DAN DINDING DIRI KITA DARI SYAITAN.AMIN

1.Berdiri tegak lurus dengan menghadap ke arah kiblat, disertai dengan niat

2.Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:
Allahhu Akbar (Allah Maha Besar) (1x)
(Semua ucapan takbir dalam shalat hukumnya sunnat, kecuali takbir yang pertama yaitu takbiratul ihram.)

3.Doa Iftitah
Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka) yaitu:
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
(Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.)
Membaca do'a iftitah hukumnya sunnat.

trima kasih:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/panduanlengkapsembahyang.htm

posted by remajaislam 11:07:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Sunday, May 20, 2007
SEMBAHYANG TIANG AGAMA
CARA-CARA BERWUDHU' DENGAN BETUL (semoga jadi panduan bagi para remaja sekalian)
1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim...
2. Menghadaplah kearah kiblat
3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.
4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.
5. Berkumur-kumur.
6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).
7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap.
8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan.
9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).
10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).
12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
(Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci.)
14. Lakukanlah solat sunnat wudhu' dua raka'at.
posted by remajaislam 10:40:00 AM   3 comments
 
3 Comments:
  • At Tuesday, 22 May, 2007, Anonymous Anonymous said…

    ada blog islamik sebegini dapat membantu remaja islam kita yang sudah jauh terpedaya ngan syaitan!!!!

     
  • At Tuesday, 22 May, 2007, Anonymous Anonymous said…

    blog cantik..anda perlukan tambahkan lagi apa2 yang blh menarik minat !!!

     
  • At Wednesday, 23 May, 2007, Blogger Tyazizul said…

    salam....yaa so menarik.. i like every detail informations in ur blog..i should be ur regular observer to learn and to get some new knowlege from u..

     
Post a Comment
<< Back to top

Monday, May 14, 2007
Islam Agama Suci
kata-kata hikmah Ali Karramallah Wajhah:

1.Memadai aku merasai mulia bahawa Engkau sebagai Tuhan bagiku dan memadailah aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai maka berilah aku taufik bagi apa yang Engkau cintai.
2.Hendaklah kamu lebih ambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal maka sesungguhnya sekali-sekali tidak sedikit amal yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
3.Janganlah mengharapkan seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
4.Tiada kebaikan ibadah yang tiada ilmu padanya dan tiada kebaikan ilmu yang tidak faham padanya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian kepadanya.

Labels:

posted by remajaislam 12:08:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu
web islam
RAMADHAN AKU MENANTI
RENUNG2 KAN
al-baqarah 154
AL-BAQARAH
AL FATIHAH
SURAH AL-IKHLAS
Doa Selepas Solat
Sama2 kita renungkan
Sedarlah...


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.