.:REMAJA ISLAM:.
"Dari Abu Abdul Rahman,Abdullah bin Umar r.a,berkata:Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:'Islam itu didirikan atas lima ( pekara )-Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan."
 
Thursday, September 28, 2006
Terawih Malam Ke Tujuh
Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Labels:

posted by remajaislam 12:08:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Terawih Malam Ke Enam
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Labels:

posted by remajaislam 12:06:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Terawih Malam Ke Lima
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Labels:

posted by remajaislam 12:03:00 PM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Wednesday, September 27, 2006
Terawih Malam Ke Empat
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Labels:

posted by remajaislam 10:02:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Terawih malam Ke TIGA
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Labels:

posted by remajaislam 9:59:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Monday, September 25, 2006
PAhala Terawih Malam ke dua
Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Labels:

posted by remajaislam 10:31:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Sunday, September 24, 2006
Pahala Mengerjakan Solat Terawih
FADILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
posted by remajaislam 10:19:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Tuesday, September 19, 2006
Ramadhan Al-Mubarak

Labels:

posted by remajaislam 10:18:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Selamat Datang Ramadhan
Tidak lama lagi ramadhan bakal menjelma..hanya tinggal beberapa saje lagi.Saya berharap kita akan dapat menunaikannya kewajipan kita itu dengan penuh kesyukuran.

Labels:

posted by remajaislam 10:13:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Monday, September 04, 2006
%%%% WaNiTa SoLeHaH %%%%

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.
" Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.
" Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
posted by remajaislam 10:01:00 AM   1 comments
 
1 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

Sunday, September 03, 2006
Cerita Teladan
ANTARA DUA ABDULLAH

Maklumlah dah letih, akibat daripada perjalanan yang jauh ( balik dari perang pulak tu, bukannya balik dari makan angin ), jadi tuan-tuan kenalah faham. Lalu bila dalam keadaan macam tu, maka perselisihan yang kecil pun boleh membawa padah. Jadi, masa tengah ambil air itulah, maka berlaku bertekak sikit antara Sinan daripada Khazraj dengan Jahjah daripada Muhajirin. Bila berlaku bertekak begitu, maka hampir nak bergaduh. Itu dia perangai Arab. Benda kecik pun depa boleh bergaduh, sehingga ketahap boleh membunuh. Begitulah kuatnya asobiyah mereka, sebelum datangnya Nabi s.a.w. .Walaupun ada Nabi, tapi dengan kejadian perebutan air itu, menunjukkan bahwa masih ada lagi benih-benih asobiyah tu; walhal mereka berdua sama-sama orang Islam, yakni sama-sama telah dipersaudarakan oleh Nabi s.a.w.. Tapi maklumlah, mereka hanyalah para sahabat, iaitu manusia biasa yang tidak maksum. Jadi, bila nak hampir berlaku pergaduhan, maka Jahjah pun melaung ucapan, "Wahai Muhajirin, tolong saya !"…..Lalu Sinan pun sebut, "Wahai Ansar! Wahai Khazraj!, bantu saya lawan Muhajirin !"….
.Waktu itu Rasulullah s.a.w. duduk agak jauh sikit daripada tempat kejadian. Maka ketika itulah datangnya Abdullah bin Ubai mengambik kesempatan. Dia tanya, "Apa hal kecoh-kecoh ni?"…. Kata Sinan, "Ni Jahjah ni. Bila berebut nak ambil air, dah nak bergaduh pulak dengan kita."…. Lalu Abdullah bin Ubai pun menjalankan fitnahnya, "Itulah, aku dah kata dah kat hangpa pasai puak-puak ni. Masa depa mai ke Madinah dulu; dah la kita bagi tempat tinggal, bagi makan, kemudian kita cerai bini kita sendiri untuk bagi kat depa kahwin. Yakni seakan-akanlah kita bagi anjing makan, kemudian bila dia dah gemuk/sihat, dia nak tokak pulak kita."…..I nilah dia ucapan kesempatan yang diluahkan oleh Abdullah bin Ubai untuk menghentam Muhajirin yang dipimpin oleh Nabi s.a.w.
( Samalah seperti ucapan yang diluahkan oleh seorang pemimpin dalam negara kita sedikit masa lalu, yang nama dia pun Abdullah juga, lebih kurang macam Abdullah bin Ubai juga. Kata dia, "Tu lah, puak-puak ni tak sedaq diri.Tak reti nak bersyukur. Tak reti nak berterima kasih. Kita dah bagi tempat tinggal. Dah bagi dah segala-galanya. Tapi tiba-tiba sekarang, nak lawan kita balik." )
Ulama` tafsir menyebut bahwa Abdullah bin Ubai mengeluarkan kenyataan sedemikian adalah sebab dia berasa teramat marah terhadap Nabi s.a.w.. Sebabnya, sebelum Nabi s.a.w. berhijrah, si laknatullah ini memang dok berangan dah nak jadi pemimpin Madinah. Malah ketika itu, memang nak ditabal dah nak jadi pemimpin Madinah pun. Tapi bila tiba-tiba Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, punah ranah peluang dia.
( Itu yang dendam kesumat tak habih-habih tu. Kes berebut nak jadi 'Majlis Tertinggi' rupanya.Itu saja. )
posted by remajaislam 11:25:00 AM   0 comments
 
0 Comments:
Post a Comment
<< Back to top

SayangiIslam
ISLAM YUSUF lyrics

DATANGLAH LAGI



Logo Design


CoretanLalu
web islam
RAMADHAN AKU MENANTI
RENUNG2 KAN
al-baqarah 154
AL-BAQARAH
AL FATIHAH
SURAH AL-IKHLAS
Doa Selepas Solat
Sama2 kita renungkan
Sedarlah...


MasaBerlalu
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
May 2008


JomSinggah
TemplatePanic
Blogger
AUDIO ISLAM
MOUNTHIRA
ISLAMIC
JOWOPINTER
DEMIPENA
SOLAT
ISLAM
DARUL NU'MAN
FIRDAUS
TAJWEED
ISLAMICITY
ONLINE ALQURAN


bloginfo
This blog is powered by Blogger.
Blog designed by TemplatePanic.